BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 31 March 2010

Pok Cik Din Beramboi...

Terkejut gak aku dpt cite Din Beramboi dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti 'virus' kencing tikus. Teringat aku tentang post yang aku dah masukkan dulu tentang sejenis penyakit berjangkit yang diakibatkan oleh tikut iaitu Leptospirosis..
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

kredit : isuhangat

p/s : amalkan kebersihan..insyaAllah kita selamat

Saturday 27 March 2010

Earth Hour

Semalam, kira-kira 8.30 malam la, bergelaplah seketika dunia nih kerana sebagai simbolik kepada kempen pemanasan global ' Earth Hour '. Ramai lah yg post kat FB support program nih. Tak kurang juga ader yang SMS. Terima kasih kerana mengingatkan. Dalam kegelapan yang hanya diterangi oleh cahaya rang bulan, terfikir aku sejenak...siapa yang menyebabkan pemanasan global nih? Adakah aku atau kita terlibat dalam isu pemanasan global nih? Adakah manusia yang rakus mencari kekayaan bumi sedar dari lamunan kerja gila mereka?...hhmmm jawapannya
" Lu Pikirlah Sendiri "

Wednesday 24 March 2010

Peperangan..

Bermula daripada Hulagu Khan, kemudian Manggu Khan dan Kublai Khan sebanyak 10 juta nyawa telah terkorban sepanjang era Dinasti Khan menjajah Baghdad antara 1258 - 1294. Pada zaman timur-land berkuasa, keturunan Kublai Khan telah membunuh jutaan manusia. Antaranya 2000 orang ditimbus hidup hidup pada 1383 sewaktu menawan Subzawar dan 5000 orang tawanan perang dicampak dari tebing tinggi ke dalam gaung pada 1386 di Luri.
Tidak cukup dengan itu, 5000 orang dipenggal kepala pada 1383. Seramai 70,000 tawanan perang dipancung tubuh mereka di Isfahan, Iran pada tahun 1387. 100,000 orang di bunuh di Delhi dan pada tahun 1400 seramai 4000 orang tentera kristian ditanam hidup-hidup di Sivas
Episod manusia membunuh manusia demi kuasa dan harta berterusan lagi. Dalam perang dunia pertama ( 1914-1918 ),tentera Jerman telah membunuh 6 juta orang Yahudi dengan gas beracun dalam peristiwa Holocaust. Pihak pihak yang berperang termasuk Amerika mengamuk dengan peluru dan bom. Apabila peperangan itu tamat, dianggarkan 18 juta nyawa mati begitu saja.
Dalam Perang Dunia Kedua ( 1937-1945 ) beratus-ratus ribu nyawa terkorban apabila Amerika menggugurkan 2 butir bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Kuasa kuasa besar dunia bertarung dan akhirnya 55 juta orang terkorban dalam tempoh 9 tahun.
Perang Korea tercetus ( 1950-1953 ),Amerika menjadi dalangnya. 1 juta lagi manusia terbunuh akibat perang. Kemudian tercetus pula perang Amerika - Vietnam ( 1957 - 1975 ), kira-kira 1 juta manusia menemui ajal.
Kegilaan manusia ini tidak pernah berakhir. Ia disambung pula di Kemboja, hasil pertarungan paksi komunis yang dipimpin oleh Russia dan China dengan kapitalis naungan Amerika. Khmer Rouge memegang kuasa, ratusan ribu orang terbunuh dan diseksa dengan kejam. Pada Mac 2003 Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. 100,000 nyawa manusia melayang dan ratusan ribu lagi menanggung derita.
Sebenarnya perang telah terjadi sejak ribuan tahun lalu di pelosok dunia. Aneh, manusia ni memang makhluk yang aneh. Segelintir daripada mereka suka menjadi binatang!* ( mastika )

p/s : binatang pon tahu menyayangi anak, manusia....


Matikan Autoplay

Fungsi Autoplay dalam Windows XP adalah untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer korang, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

1. Pergi kepada Start > Run
2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada
pilihan tersebut

5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK.


Selamat mencuba....


p/s : tima kasih kuriee...soe manx aku lambat post

Tuesday 9 March 2010

Harga diri manusia.

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
" Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain"

p/s : terima kasih blalang hijo ( isuhangat )

Rokok Oh Rokok

Aku dulu pon 'smoker' gak...Time tu semuanya indah-indah belaka. Dah sampai masanya aku 'quit from to be bad smoker'. Kat sini aku ader sedikit panduan tentang rokok dalam bentuk 'powerpoint' yang aku dapat dari kawan aku semasa 'ngajor' PJPK. Fahamilah dan fikir-fikirkan utk seterusnya.

klik pada tajuk : Rokok oh rokok

p/s : terima kasih pada encik Azwan Hadzi B. Umar

Wednesday 3 March 2010

Usiaku kini dah bertambah

Pada hari ini, 04.03. usiaku telah bertambah lagi...banyak yang dah aku lalui pada hari semalam dan sebelumnya. Kini aku berada pada satu tahap umur yang baru. Aku doakan dan berharap pada usia ku yang baru ini dapat aku merubah dan memperbaiki diri ku ini ke arah yang lebih baik..insyaallah

' SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN '



p/s : 4.3.= 34..hhmmm. sedap adik nyanyi lagu semalam. thanx to you all

H1N1 kembali lagi..

H1N1 sejenis serangan wabak yang amat ditakuti telah meragut lebih 76 orang mangsa di Malaysia pada musim pertama kewujudannya. Wabak ini amat serius kerana telah meragut ramai nyawa manusia di seluruh dunia. Akan tetapi pengetahuan dan sikap ambil berat terhadap tahap kebersihan telah menggagalkan merebaknya wabak ini ke peringkat yang lebih serius. Kita sudah tahu tentang pentingnya kebersihan dalam kehidupan seharian

Kini ia telah kembali dalam gelombang yang kedua. Sekembalinya telah meragut 1 nyawa sebagai mangsa pertama gelombang kedua. Oleh itu kita sama sama meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan ke aras yang lebih tinggi bagi membendung merebaknya wabak ini. Ingat!! mencegah itu lebih baik dari mengubati..

p/s : harap2 kita semua dilindungi..

Monday 1 March 2010

Lawak Kawah

1 jawapan untuk semua soalan

Soalan
1. Kenapa awak datang lewat?
2. Semalam awak pergi mana?
3. Kenapa awak jadi macam ni?
4. Apa yag dah awak buat?
5. Kemana pergi semua orang ?
6. Kenapa awak x jawap panggilan telefon saya?
7. Kenapa awak ketawa?
8. Kenapa awak lari?
9. Kenapa muka awak pucat?
10. Kenapa awak mendiamkan diri

Jawapan
- MAGGI SAYA SUDAH KEMBANG.

p/s : thank you alex..