BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 12 May 2010

Kopi O & biskut lutut

..kat luar tu hujan lebat, pergh!! best pada sesiapa yang inginkan kenikmatan tidur. Masa kecik kecik dulu dok kat kampung kerja bendang. Bangun pagi nak pi bendang hujan turun punya la lebat...tak tau nak pi mana. Dok la kat ambin sambil memerhatikan air hujan yang turun ikut cucuran atap. Mak kat dapoq tengah tanak pulut. Skali skala terbau keharuman ikan wadi yang digoreng bersama-sama bawang ngan cabai kering. Hujan masih lagi lebat, alamatnya tak turun ke bendang la aku pagi nih. Perot aku dah lapaq nih..nak pekena apa nih? Pulut x masak lagi..
Aku dihidangkan secawan kopi O kaw punya dengan biskut yang aku panggil 'biskut lutut'. Apa kira perot dah lapaq nih..pelantak je la buat alas perot. Fuhh!!..nikmat tak terkata. Punya la best. Biskut lutut yang keras dicicah dengan kopi O panaih2 memang best..pergh!..Nostalgia betol la.

ambin = beranda
ikan wadi = ikan pekasam

p/s : pulut ngan ikan wadi tu dh biasa..tapi lagi best ubi kayu rebus + ikan wadi.

Selamat Hari Lahir..Fatin




Selamat Hari Lahir yang ke 10 Nurul Fatin Adliana
We all love u.

p/s : thank you for Siti Rusziyatun.. i luv u

Selamat Hari Ibu.

...dikesempatan ini aku nak menggucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada Hajah Eteh Bt Saarani kerana menjaga,mendidik aku dari kecik sampai sekarang..Aku tahu dulu aku ni nakal sangat..tapi itu dulu la. Hari ini beliau telah meningkat usia dan meniti zaman emasnya yang harus aku perhatikan..Bagi aku dia ibu dan 'bapa' yang terbaik,sabar dengan kerenahku.
...Segala budi ibu akan ku balas walaupun tidak setimpal dengan pengorbanannya. Ada pepatah " tangan yang menggoncang buai mampu menggoncang dunia"...itulah kehebatan ibu.
SELAMAT HARI IBU..

p/s : x aku lupa juga pada Allahyarhamah ibu Mariam bt Abd Majid..semoga ibu ditempatkan
dengan golongan orang dirahmati Allah.

Wednesday 5 May 2010

Selamat Malam...



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku