BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 16 February 2010

Pahang oh Pahang...

Asal usul nama negeri Pahang.

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

*Just for fun, tiada kena mengena dengan sejarah negeri Pahang sebenar.

p/s : thanx 2 isuhangat..

2010

Dalam tahun ni,aku x edit langsung blog aku nih. Sayang kalau x edit...mungkin aku boleh menambah info2 yang berguna pada yang melawati blog aku nih...so watch out!

Saturday, 31 October 2009

Dah lame tak tulis

Semenjak raye tadi...dah lame aku tak up date blog nih...
Bile la nak up date nih.....

Tuesday, 15 September 2009

sapa brani...



p/s : negara dah maju , zaman dah berubah...

Cerita Budak Yang Malas

Masa dekat kelas tusion,ade cikgu baru datang menggantikan cikgu yang biasa mengajar sebab peribadi. So...cikgu tu bagi motivation & buat sedikit 'ice breaking' ngan bebudak tusion tu. Cikgu tu bertanyakan pada kelas tersebut.

cikgu : Sapa kat sini yang malas sangat
lalu ade sorang budak yang angkat tangan
budak 1 : Saya cikgu!...
cikgu : Ape yang kamu malas,ceritakan.
budak 1 : Saya punya malas cikgu sampai makan pun nak kena orang suapkan

seterusnya ade budak lain angkat tangan dan cikgu tu bertanya soalan yang sama. Budak tu jawab

budak 2 : Saya lagi malas cikgu.Nak makan pun kena orang kunyahkan

Cikgu tusion tu terkejut tahap malas budak kat kelas tu melampau-lampau dan dia kena cari satu formula untuk meningkatkan tahap kerajinan budak-budak tu. Tiba-tiba ade sorang budak bangun,

budak 3 : Cikgu ,diorang tak malas sangat. Saya lagi malas daripada diaorang...
cikgu : Hah ape dia. Ceritakan...
budak 3 : Saye cikgu....nak cerita pun malas

sapa tiru sapa



hah...jawab laa sendiri. silap hari bulan kena saman ngan Air Asia

p/s : nabil kata' Lu Pikirla Sendiri '

Hang Jangan Dok KEREX Sangat...



Kalau nak tau,tu lah KEREX yang korang slalu cakap...

p/s ho...ho.