BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 30 April 2010

aku sedar

...dan Tuhanku , yang memberi makan dan minum kepadaku , dan apabila aku sakit , Dialah yang menyembuhkan aku...

Sunday 25 April 2010

Wang Kelian



Wang Kelian adalah satu perkampungan yang berada di sempadan antara Malaysia Utara dan Thailand. Selain jalan lain ke Thailand dari Padang Besar ,Wang Kelian adalah alternatif jalan untuk ke sana. Keunikan perkampungan ni adalah pasar minggunya. Dulunya pasar minggu di kawasan Wang Kelian ni berterusan hingga melepasi sempadan. Yang menariknya, kita boleh melepasi sempadan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri tetapi terhad beberapa kilometer sahaja. Kalau nak diikutkan perjalanannya sahaja lebih dari 2km. Tetapi hanya hujung minggu sahaja dibuka untuk orang tempatan dan sebahagian penduduk Thai Selatan.Pelbagai jenis barangan dan makanan dijual.
Tetapi segalanya telah berubah. Sejak Disember 2007 Kerajaan Malaysia telah melarang rakyat Malaysia menghampiri kawasan sempadan atas sebab kerisis yang berlaku di sempadan. Bermula dari situ, kerajaan telah membina tapak atau kawasan untuk peniaga menjalankan perniagaan. Nampak macam 'tak meriah'. Akan tetapi walaupun telah dikumpulkan para peniaga di Wang Kelian, ia tetap menarik di hati pengunjung. Harga barang memang sangat berpatutan. Nak lagi menarik, guna la duit Bath Thai,mungkin dapat lagi murah kot. Pasar sehari di Wang Kelian ni boleh dikatakan pasar sehari untuk warga sempadan. Ini kerana mereke boleh masuk tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan.

( ni pon dah tengahari..lengang sikit )



p/s ; ' lowyang sap = RM15..

Kepelbagaian Kegunaan Cuka

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  • Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  • Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  • Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  • Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  • Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  • Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  • Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  • Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  • Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  • Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  • Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  • Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  • Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.
  • Tuesday 13 April 2010

    Kini ia kembali.....

    Esok aku ader appointment ngan doktor. Nk kene buat x-ray, tak pasti sama ada 'ia' ada lagi.. Mungkin kali ini lebih ' hebat' lagi. Ya Allah ..kuatkanlah semangatku, agar aku dapat menempuhi segala dugaanmu...sesungguhnya hambamu ini sangat lemah...amin..

    Tuesday 6 April 2010

    Aku & Manchester United


    Masa nak periksa SRP dulu ( kini PMR ) team aku ader masok pesta bola sepak 7 sebelah anjuran kengkawan kat pekan P.Buntar. Sebab tak der name team, dier orang boh name team aku ' Manchester United '. Mase tu MU bukan la team yang elit sangat kalau nk dibandingkan dengan Liverpool. MU pon ...MU lah.. Team aku dapat naib johan jer. Dapatla hadiah tongkol..Dari situ aku mula mencari team Man.United. Mula2 aku follow Man.Utd bile Eric Cantona join dari Leed United. Trend angkat kolar baju menjadi ikutan la time ptg2 maen bola dengan jersi merah MU.
    Selepas ketiadaan Eric Cantona, macam x best la follow MU nih. Muncul pula jejaka 'pojaan' yang membuka mata ,minda, minat bola sepak pada kaum hawa...David Beckham. Bermula dgn sepakan bersahaja dari jarak yg jauh terus menujah ke jaring gol membuatkan aku lagi la minat ngan MU. Sampai satu masa tu aku beli semua produk yg ader logo The Red Devil nih. Jersi 100 tahun MU pon aku beli. Boleh pakai 2 side.
    Minat aku mula goyah selepas insiden kepala Beckham dibaling dgn boot bola menyebabkan Beckham menjadi panas sewaktu musim perpindahan. Beckham milik Real Madrid. Jersi no 7 tidak terisi lagi membuatkan aku beralih arah ke La Liga. Melihatkan kelibat 'budak muda' pakai jersi no 7 membuatkan aku tertanya-tanya siapa gerangankah itu? Cristiano Ronaldo yang dibeli dari kelab Portugal Sporting Lisbon menggantikan tempat David Beckham. Minat aku pada MU pulih semula dgn kelibat pemain muda yang berbakat. Sehinggalah CR nih dijual kepada Real dan menjadi perpindahan termahal dunia selepas Zizao ( Zidane ) ke Real dari Juventus.
    Bagi aku, MU memang sebuah kelab elit dunia. Ramai pemain yang dianggap terbaik lahir dari kelab ini. G.Best antara pemain lagenda dari MU selain dari Eric Cantona. MU juga pernah kehilangan pemain pasukan itu apabila kapalterbang yang membawa skuad Red Devil terhempas dalam perjalanan ke Russia. Sekarang nih aku cuma minat melihat permainan bola sepak sahaja. Tak kira la team dari mana. Bukan lagi MU sahaja...ada banyak lagi team yang boleh dianggap terbaik selain MANCHESTER UNITED...GLORY GLORY MAN.UTD.

    Thursday 1 April 2010

    Al-Fatihah untuk Mior Ahmad Fuad

    Al - Fatihah untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12.30 tgh malam 02 April 2010.
    Aku dulu dok layan majalah Ujang yang memaparkan watak din beramboi yang mampu memecahkan perot setiap insan yang membaca cerita beliau. Aku dulu penah makan kenduri kat Taman Tasik Tambahan dengan beliau ( rumah allahyarham pak itam )..memang kelakaw lah...
    aper2 pon sedekah Al Fatihah untuk kesejahteraan beliau di alam sana. Semoga beliau tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah..