BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 25 April 2010

Wang Kelian



Wang Kelian adalah satu perkampungan yang berada di sempadan antara Malaysia Utara dan Thailand. Selain jalan lain ke Thailand dari Padang Besar ,Wang Kelian adalah alternatif jalan untuk ke sana. Keunikan perkampungan ni adalah pasar minggunya. Dulunya pasar minggu di kawasan Wang Kelian ni berterusan hingga melepasi sempadan. Yang menariknya, kita boleh melepasi sempadan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri tetapi terhad beberapa kilometer sahaja. Kalau nak diikutkan perjalanannya sahaja lebih dari 2km. Tetapi hanya hujung minggu sahaja dibuka untuk orang tempatan dan sebahagian penduduk Thai Selatan.Pelbagai jenis barangan dan makanan dijual.
Tetapi segalanya telah berubah. Sejak Disember 2007 Kerajaan Malaysia telah melarang rakyat Malaysia menghampiri kawasan sempadan atas sebab kerisis yang berlaku di sempadan. Bermula dari situ, kerajaan telah membina tapak atau kawasan untuk peniaga menjalankan perniagaan. Nampak macam 'tak meriah'. Akan tetapi walaupun telah dikumpulkan para peniaga di Wang Kelian, ia tetap menarik di hati pengunjung. Harga barang memang sangat berpatutan. Nak lagi menarik, guna la duit Bath Thai,mungkin dapat lagi murah kot. Pasar sehari di Wang Kelian ni boleh dikatakan pasar sehari untuk warga sempadan. Ini kerana mereke boleh masuk tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan.

( ni pon dah tengahari..lengang sikit )



p/s ; ' lowyang sap = RM15..

0 comments: