BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 6 April 2010

Aku & Manchester United


Masa nak periksa SRP dulu ( kini PMR ) team aku ader masok pesta bola sepak 7 sebelah anjuran kengkawan kat pekan P.Buntar. Sebab tak der name team, dier orang boh name team aku ' Manchester United '. Mase tu MU bukan la team yang elit sangat kalau nk dibandingkan dengan Liverpool. MU pon ...MU lah.. Team aku dapat naib johan jer. Dapatla hadiah tongkol..Dari situ aku mula mencari team Man.United. Mula2 aku follow Man.Utd bile Eric Cantona join dari Leed United. Trend angkat kolar baju menjadi ikutan la time ptg2 maen bola dengan jersi merah MU.
Selepas ketiadaan Eric Cantona, macam x best la follow MU nih. Muncul pula jejaka 'pojaan' yang membuka mata ,minda, minat bola sepak pada kaum hawa...David Beckham. Bermula dgn sepakan bersahaja dari jarak yg jauh terus menujah ke jaring gol membuatkan aku lagi la minat ngan MU. Sampai satu masa tu aku beli semua produk yg ader logo The Red Devil nih. Jersi 100 tahun MU pon aku beli. Boleh pakai 2 side.
Minat aku mula goyah selepas insiden kepala Beckham dibaling dgn boot bola menyebabkan Beckham menjadi panas sewaktu musim perpindahan. Beckham milik Real Madrid. Jersi no 7 tidak terisi lagi membuatkan aku beralih arah ke La Liga. Melihatkan kelibat 'budak muda' pakai jersi no 7 membuatkan aku tertanya-tanya siapa gerangankah itu? Cristiano Ronaldo yang dibeli dari kelab Portugal Sporting Lisbon menggantikan tempat David Beckham. Minat aku pada MU pulih semula dgn kelibat pemain muda yang berbakat. Sehinggalah CR nih dijual kepada Real dan menjadi perpindahan termahal dunia selepas Zizao ( Zidane ) ke Real dari Juventus.
Bagi aku, MU memang sebuah kelab elit dunia. Ramai pemain yang dianggap terbaik lahir dari kelab ini. G.Best antara pemain lagenda dari MU selain dari Eric Cantona. MU juga pernah kehilangan pemain pasukan itu apabila kapalterbang yang membawa skuad Red Devil terhempas dalam perjalanan ke Russia. Sekarang nih aku cuma minat melihat permainan bola sepak sahaja. Tak kira la team dari mana. Bukan lagi MU sahaja...ada banyak lagi team yang boleh dianggap terbaik selain MANCHESTER UNITED...GLORY GLORY MAN.UTD.

0 comments: