Biasanya istilah ni kita guna waktu ujung-ujung nak periksa. Dulu aku kalau time dah dekat nak periksa macam tu je lah. Ulangkaji tetap ulangkaji. Siang, malam, pagi, petang tetap dengan ulagkaji matapelajaran. Sampaikan aku naik demam. Tapi dulu x de masalah...demam tu demam biasa. Bak kata cikgu aku dulu 'demam periksa'.
Tapi kini lain pulak. Time tu demam periksa time tu jugakla kena periksa...takut-takut demam selsema H1N1 ( selsema babi ). Selepas dunia pernah dikejutkan dengan Bird Flu kini Pig Flu la pulak ambik alih. Kesian aku tengok bebudak sekolah kena mai skolah pakai mask untuk mengawal diri dari jangkitan H1N1. Time periksa la pulak tu. Moga moga ia dapat dihindarkan dari menjangkiti kita semua. Kepada semua student kat skolah mahupun di IPT & IPTS, jaga diri dan teruskan usaha murni anda.
Tuesday, 11 August 2009
Demam Peperiksaan
Posted by periuk kawah at 21:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment