BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 24 March 2010

Matikan Autoplay

Fungsi Autoplay dalam Windows XP adalah untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer korang, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

1. Pergi kepada Start > Run
2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada
pilihan tersebut

5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK.


Selamat mencuba....


p/s : tima kasih kuriee...soe manx aku lambat post

0 comments: