BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 23 February 2010

Senyum Seindah Suria

Setiap orang berhak untuk bahagia. Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ade la tip di bawah nih..mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

* Buka hari anda dengan sebuah SENYUMAN! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata,senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

* Hadapi semua masalah dengan HATI TERBUKA. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya , hasilnya juga pasti berbaloi. Hidup ini memang begitu!
Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

* HULURLAH TANGAN kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Paling tidak , berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu,patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

* Belajar untuk berkata BENAR. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

* Cuba hadkan KEINGINAN harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak satu per satu.

* Hargai dan fahamilah bahawa ALLAH merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Anggap ia sebagai satu amanat yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita semua. Dan satu hari nanti,kita akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Allah. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda pada hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah ditakdirkan.

* Sekiranya anda menemui seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan DENGKI menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

* Berani mengakui KESALAHAN sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita..

* Sebelum melelapkan mata, INSAFILAH semua rahmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang anda lakukan pada hari ini. BERMOHONLAH kepada Yang Maha Esa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan KESYUKURAN kepada Allah kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejam mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.

p/s : ...dan ku bimbangi..diriku tergelinciran dan menyesal...seusia

0 comments: