BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 22 February 2010

Soalan untuk Matahari

APA ITU MATAHARI ?
Matahari sebenarnya sebutir bintang,sama seperti bintang bintang yang kita lihat berkelip-kelipan di malam hari. Bagaimanapun matahari tidak dekat dengan bumi menyebabkan ia kelihatan lebih besar , terang dan dapat dirasakan kehangatan cahayanya.


MATAHARI DIBUAT DARIPADA APA ?
Terdiri daripada gas yang mempunyai material yang boleh dijumpai di bumi.Antaranya ialah hidrogen , helium , kalsium , sodium , magnesium dan besi

BESAR MANAKAH SAIZ MATAHARI ?
Sangat BESAR ia nampak kecil kerana jaraknya ialah 150juta km dari bumi kita. Saiz bumi pula amat kecil jika dibandingkan dengan matahari.Ukur lilit bumi ialah 13,000km manakala matahari 1.4 jutakm. Ertinya 100 ukur lilit bumi barulah dapat menyamai matahari. Dan kalau matahari itu sebijik bola, kita boleh masukkan lebih 1 juta bumi kedalamnya. Besar kan?

BERAPA JARAK ANTARA MATAHARI DAN BUMI ?
Jaraknya 150 juta km. Anda boleh bayangkan jarak itu dengan memandu kereta. Sekiranya kita memandu dengankelajuan 80 km sejam, kita memerlukan 176 tahun untuk sampai ke matahari . Tetapi dengan syarat..kereta itu hendaklah dipandu tanpa henti, 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Sanggup?

BERAPA BERAT MATAHARI ?
Kita tidak mampu menimbangnya kerana tiada alat penimbangnya. Cuma kita boleh buat perbandingan. Disebabkan matahari lebih besar berbanding bumi ( 300,000 lebih berat ) kuasa gravitinya juga lebih kuat. Seorang budak beratnya 35 kg di bumi akan menjadi 1 tan di matahari. Ini permukaan ukuran perbandingan saja sebab tentu kita tidak boleh berdiri di matahari kerana ia terlalu panas dan tiada permukaan yang keras di sana.

BERAPAKAH USIA MATAHARI ?
4 1/2 bilion tahun...Bandingkan dengan kewujudan manusia yang hanya dapat dikesan sekitar ratusan ribu tahun saja. Sebagai perbandingan, kalau kita analogikan 4.5 bilion tahun itu adalah pembaris 30cm, maka usia kewujudan manusia di planet bumi ini tidak sampai pun 1 cm.

BERAPA PANASKAH MATAHARI ?
Sangat sangat PANAS!! Kalau suhu permukaannya saja sudah mencecah 5,800 darjah celcius, agak agaknya berapa pula suhu di pusat matahari? Adakah 100,000 atau 300,000 atau 1 juta darjah celcius? Salah!!..untuk pengetahuan anda suhu di pusat matahari ialah 15 juta darjah celcius ( ooouuuccchhh ).

KENAPA KITA PERLU MENGKAJI MATAHARI ?
Tanpa matahari, tiadalah kehidupan di bumi ini. Tanpa matahari juga, bumi yang indah permai ini menjadi seperti bola ais yang terawang awang di angkasa dalam keadaan sejuk dan membeku serta ' mati '. Dengan adanya matahari,pokok pokok boleh membesar, haiwan mendapat makanan dan bunga dapat menguntum indah. Matahari mempengaruhi pelbagai perubahan di ruang angkasa kita. Perubahan ini menyababkan cuaca di bumi ini berubah ubah, bentuk bentuk komunikasi juga bertukar hingga muncullah satelit.

LAGI ?
Sebagaimana planet planet lain yang menggelilingi matahari dan tidak dapat lari daripada tarikan gravitinya-sebab kalau terlepas daripada graviti itu ia akan terjatuh dan hancur-maka demikian jugalah keyakinan kita kepada Yang Maha Pencipta. Kalau kita melepaskan keyakinan kita kepada- Nya , maka akan hancur binasalah diri kita. Matahari adalahbukti kewujudan dan kebesaran Allah SWT. Masih banyak sinaran cahaya dan rahsia matahari yang tidak dapat kita lihat dan rungkaikan...
"Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah baginya,supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang mengetahuinya"
- Surah Yunus :5 -

p/s : Toleh kiri toleh kanan,adakala kita terlupa..x kenal diri x kenal rupa darimana asalnya kita..mengapa oh mengapa, apalagi nk dikata..oh inikah oh dunia, sana sini sama saja (sanasinisamasaja)







0 comments: