BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 12 May 2010

Kopi O & biskut lutut

..kat luar tu hujan lebat, pergh!! best pada sesiapa yang inginkan kenikmatan tidur. Masa kecik kecik dulu dok kat kampung kerja bendang. Bangun pagi nak pi bendang hujan turun punya la lebat...tak tau nak pi mana. Dok la kat ambin sambil memerhatikan air hujan yang turun ikut cucuran atap. Mak kat dapoq tengah tanak pulut. Skali skala terbau keharuman ikan wadi yang digoreng bersama-sama bawang ngan cabai kering. Hujan masih lagi lebat, alamatnya tak turun ke bendang la aku pagi nih. Perot aku dah lapaq nih..nak pekena apa nih? Pulut x masak lagi..
Aku dihidangkan secawan kopi O kaw punya dengan biskut yang aku panggil 'biskut lutut'. Apa kira perot dah lapaq nih..pelantak je la buat alas perot. Fuhh!!..nikmat tak terkata. Punya la best. Biskut lutut yang keras dicicah dengan kopi O panaih2 memang best..pergh!..Nostalgia betol la.

ambin = beranda
ikan wadi = ikan pekasam

p/s : pulut ngan ikan wadi tu dh biasa..tapi lagi best ubi kayu rebus + ikan wadi.

Selamat Hari Lahir..Fatin




Selamat Hari Lahir yang ke 10 Nurul Fatin Adliana
We all love u.

p/s : thank you for Siti Rusziyatun.. i luv u

Selamat Hari Ibu.

...dikesempatan ini aku nak menggucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada Hajah Eteh Bt Saarani kerana menjaga,mendidik aku dari kecik sampai sekarang..Aku tahu dulu aku ni nakal sangat..tapi itu dulu la. Hari ini beliau telah meningkat usia dan meniti zaman emasnya yang harus aku perhatikan..Bagi aku dia ibu dan 'bapa' yang terbaik,sabar dengan kerenahku.
...Segala budi ibu akan ku balas walaupun tidak setimpal dengan pengorbanannya. Ada pepatah " tangan yang menggoncang buai mampu menggoncang dunia"...itulah kehebatan ibu.
SELAMAT HARI IBU..

p/s : x aku lupa juga pada Allahyarhamah ibu Mariam bt Abd Majid..semoga ibu ditempatkan
dengan golongan orang dirahmati Allah.

Wednesday 5 May 2010

Selamat Malam...



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku








Friday 30 April 2010

aku sedar

...dan Tuhanku , yang memberi makan dan minum kepadaku , dan apabila aku sakit , Dialah yang menyembuhkan aku...

Sunday 25 April 2010

Wang Kelian



Wang Kelian adalah satu perkampungan yang berada di sempadan antara Malaysia Utara dan Thailand. Selain jalan lain ke Thailand dari Padang Besar ,Wang Kelian adalah alternatif jalan untuk ke sana. Keunikan perkampungan ni adalah pasar minggunya. Dulunya pasar minggu di kawasan Wang Kelian ni berterusan hingga melepasi sempadan. Yang menariknya, kita boleh melepasi sempadan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri tetapi terhad beberapa kilometer sahaja. Kalau nak diikutkan perjalanannya sahaja lebih dari 2km. Tetapi hanya hujung minggu sahaja dibuka untuk orang tempatan dan sebahagian penduduk Thai Selatan.Pelbagai jenis barangan dan makanan dijual.
Tetapi segalanya telah berubah. Sejak Disember 2007 Kerajaan Malaysia telah melarang rakyat Malaysia menghampiri kawasan sempadan atas sebab kerisis yang berlaku di sempadan. Bermula dari situ, kerajaan telah membina tapak atau kawasan untuk peniaga menjalankan perniagaan. Nampak macam 'tak meriah'. Akan tetapi walaupun telah dikumpulkan para peniaga di Wang Kelian, ia tetap menarik di hati pengunjung. Harga barang memang sangat berpatutan. Nak lagi menarik, guna la duit Bath Thai,mungkin dapat lagi murah kot. Pasar sehari di Wang Kelian ni boleh dikatakan pasar sehari untuk warga sempadan. Ini kerana mereke boleh masuk tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan.

( ni pon dah tengahari..lengang sikit )



p/s ; ' lowyang sap = RM15..

Kepelbagaian Kegunaan Cuka

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  • Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  • Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  • Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  • Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  • Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  • Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  • Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  • Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  • Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  • Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  • Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  • Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  • Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.
  •